Showing posts with label fertilizer. Show all posts
Showing posts with label fertilizer. Show all posts

Thursday, October 9, 2008

Vermikompos

Vermikompos adalah baja kompos yang terbentuk hasil dari pemeliharaan cacing di dalam kompos.
Vermikompos mengandungi najis cacing yang bercampur bahan-bahan organik yang mereput seperti jerami padi,rumput dan lain-lain.Vermikompos mengandungi pelbagai unsur nutrient yang sangat sesuai untuk tanaman.Ia juga mengandungi mikro organisma yang dapat membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman.

Kebaikan Vermikompos

1. Memperbaiki struktur tanah.
2. Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahan mikroorganisma,
hormon dan juga enzim.
3. Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok.
4. Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah.
5. Meminimumkan penggunaan baja kimia.
6. Meningkatkan kesuburan tanah dengan kandungan NPK yang tinggi dan hasil tanaman yang lebih berkualiti.